Monday 30 March 2015

Seluruh Cinta #1




BAB SATU

“Dahlia!” 
Dahlia menoleh kerana namanya dipanggil. Namun dia segera meneruskan langkahnya, lebih pantas dari tadi. 
“Dahlia, tunggu!” 
Laungan itu tidak dihiraukannya. Dia terus beredar dari situ menuju ke platform keretapi untuk pulang ke kampung halamannya. Hari itu Dahlia amat gembira kerana sesi pembentangan akhir projek Masters telah berlangsung dengan amat baik sekali dan dia kini hanya menunggu tarikh konvokesyennya sahaja. Tak sabar untuk konvokesyen untuk kali kedua. 
“Please Dahlia, boleh tak you dengar apa yang I nak cakap ni” Mikail bingkas mengejar langkah Dahlia walau terpaksa merempuh beberapa penumpang lain di kawasan itu. 

“Cepatlah sikit Wani, janganlah lembab sangat” Dahlia merengus kepada kawan baiknya di sebelah. Mereka berdua akan pulang ke Ipoh bersama-sama menaiki keretapi laju pada petang itu. 
“Iyalah, kau tak tengok ke beg aku ni macamana, berat tau tak” ujar Wani pula. Dia mengerti Dahlia sememangnya sengaja tidak mahu melayan Mikail. Mikail sudah jauh tertinggal di belakang, dan mereka memilih untuk duduk di ruang menunggu di sebalik tangga supaya terlindung. Lega kerana berjaya lari dari Mikail entah buat kali yang ke berapa. 

“Dahlia, got you!” 
Tiba-tiba lengan Dahlia direntap kasar dan Mikail tersenyum sinis. 
“Lepaslah!” bentak Dahlia sambil cuba melepaskan genggaman pada lengannya.  
“Mikail, lepaskan Dahlia lah” bentak Wani juga. 
“Kau jangan masuk campur Wani” kata Mikail sambil menjeling ke arah Wani. 
“Ok, aku tak masuk campur, tapi kau lepaskan Dahlia dulu, kemudian kau berdua selesaikanlah apa yang nak diselesaikan” ujar Wani. Mikail lantas melepaskan genggamannya dan Wani beredar ke satu sudut yang lain. 

“Mikail, you ni dah kenapa. Apa lagi yang tak jelas di antara kita?” Tempik Dahlia, marah benar kerana diperlakukan kasar begitu. 
“You tak boleh ke faham Dahlia, bagilah I peluang. I bukan ada apa pun dengan Sheena tu. Dia tu jenis melayan semua lelaki” ujar Mikail dengan nada yang lebih terkawal, cuba untuk merendahkan suara dan mengawal emosi amarahnya. 
“Listen Karl, antara kita tak ada pun apa-apa, jadi I tak pernah cemburukan Sheena atau perempuan mana pun. We are just friends. Yang I marahkan you adalah kerana I kecewa ada kawan macam You, You rosakkan kawan-kawan You, kawan-kawan I, dengan dadah, you ingat I tak tahu” ujar Dahlia dengan tegas tetapi berjaya mengawal suaranya agar tidak terlalu lantang. 
“Dahlia, apa you cakap ni. I tak pernah libatkan diri dengan benda tu. I cuma berkawan dengan mereka, tapi I tak terikut dengan cara mereka. I want us to be more than friend.” balas Mikail dengan nada memujuk. 
“I rasa I dah jelaskan semuanya yang You perlu tahu, berubahlah Karl, berubahlah untuk diri you sendiri.” Dahlia merenung tepat ke mata Mikail dengan penuh pengharapan supaya Mikail meninggalkan perkara yang merosakkan dirinya itu. Mikail kemudiannya hanya tunduk. 

Mikail merupakan penuntut PhD di universiti tempat Dahlia belajar. Dia bukan sahaja bijak malah amat disenangi oleh kebanyakan rakan perempuan kerana ketampanan dan sikapnya yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Pertemuan mereka secara tidak sengaja semasa Dahlia mengalami masalah untuk memuat turun jurnal di perpustakaan universiti. Mikail yang sedang menggunakan komputer bersebelahan pantas menghulurkan bantuan. Sejak itu mereka berkawan tetapi Dahlia bertegas tidak mahukan hubungan serius di antara mereka tambahan pula apabila menyedari Mikail suka berfoya-foya dengan ramai perempuan lain. Lama kelamaan Dahlia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Mikail, tambahan pula dia telah tamat belajar dan tidak akan berada di kampus itu lagi. 

Dahlia terus menggamit Wani yang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Keretapi sudah tiba dan itulah pertemuan terakhir di antara Dahlia dan Mikail. 


----------

No comments:

Post a Comment