Monday 30 March 2015

Seluruh Cinta #3


BAB TIGA

“Attention to all passengers, we are ready for landing” 
Dahlia lega mendengar pengumuman sedia untuk mendarat dari juruterbang. Manakan tidak, sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 5 jam 30 minit itu dia tidak putus-putus menghidu minyak angin kerana terasa mual dan pening. Sebetulnya, setiap kali menaiki kapal terbang Dahlia akan mabuk. Minyak angin sajalah peneman setianya. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi merupakan di antara 30 lapangan terbang yang paling sibuk di dunia, terletak di pekan Palam Vihar di kota Delhi. Di Delhi nanti, Dahlia akan menginap di salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Connought Place. 

“Aduh”. kata Dahlia akibat terkena beg sandang penumpang yang sedang berkerumun untuk mengambil bagasi dihadapannya. Namun tiada perkataan maaf ditujukan padanya. Dahlia terus menunggu bagasinya yang belum muncul sambil matanya meliar memerhati satu persatu bagasi di atas belt. Tiba-tiba bahunya sekali lagi dilanggar oleh penumpang yang telah mengambil bagasi dan ingin berpusing keluar dari kawasan itu. 
“Aduh, dua kali aku kena”. bebel Dahlia sambil menggosok bahunya. 
“Sorry, sorry.” Ujar penumpang itu. Dahlia menoleh ke arah suara itu. 
“Eh, Malaysian yer, student ke?” tanya penumpang itu apabila melihat Dahlia yang bertudung persis kebanyakan perempuan muslim di Malaysia. Dia membetulkan kedudukan beg sandangnya. 
“Erm, aah, Malaysian, takpa, biasalah tengah ramai-ramai macam ni”. balas Dahlia sambil matanya tidak lepas memandang bagasi-bagasi yang keluar. Dia lantas membuat isyarat kepada pemuda itu menunjukkan bagasinya telah berada di belt. Sejujurnya, dia kurang selesa dengan orang yang tidak dikenali. 
“Yang mana beg you, I tolong ambilkan” pemuda itu menawarkan pertolongan. 
“Eh takpa, saya boleh ambil sendiri” ujar Dahlia sambil terus mengangkat beg sandang yang tingginya hampir separuh dari empunya diri. Dang! Kali ini beg sandang Dahlia pula terkena kepala pemuda yang sedang menunduk kerana ingin membantu Dahlia mengangkat begnya tadi. 
“Ya Allah, sorry, sorry. Kan saya dah kata tak payah tolong.” bebel Dahlia. 
“Hahahaa.. takpa, takpa. Satu sama ok. Tadi you kena sekarang I pulak kena”. pemuda itu ketawa dan Dahlia hanya memerhatikannya, hanya tersenyum tawar. 
“Anyway, thanks la sebab nak tolong tadi, saya kena gerak dulu ni” ujar Dahlia sambil melihat jam di tangan. Dahlia harus menaiki kereta hotel yang telah ditempahnya awal untuk ke tempat penginapannya di Connought Place yang mengambil masa 40 minit. Belum pun sempat pemuda itu membalas kata-kata Dahlia, tiba-tiba rakan pemuda itu menyapanya. 
“Zikry, aku nak ke tandas dulu!” 
“Haa, ok, ok. Aku tunggu” ujar pemuda itu sambil menoleh ke arah rakannya. 
“Oh Zikry nama mamat ni” ujar Dahlia dalam hati, dia sudah pun beberapa tapak menjauhi pemuda bernama Zikry itu, ingin menuju ke pintu keluar. 
“Nanti la dulu, nama sapa? belajar kat mana?” tanya Zikry sambil bergegas menurut belakang Dahlia. Dahlia semakin laju di hadapan. Dari jauh Dahlia sudah dapat melihat kad yang tertera namanya yang dipegang oleh pemandu hotel. 
“Hello, I am Dahlia, shall we?” sapa Dahlia kepada pemandu hotel yang menunggunya dengan senyuman itu. Terpinga-pinga Zikry. 
“Oh Dahlia, sedapnya nama, patutlah susah sangat nak beritahu” usik Zikry. Dahlia berhenti dan berpaling ke arah Zikry, kedua mereka tersenyum. 
“Yer, saya Dahlia” balas Dahlia singkat. Bimbang dikatakan sombong pula atau lebih teruk dilabelkan “perasan lawa” oleh mamat Malaysia ni. 
“Ok, Dahlia belajar kat mana, mesti buat medic ni” teka Zikry lagi. 
“Ada ke saya cakap saya student?” jawab Dahlia sambil tersengih. Terasa seronok pula mengenakan pemuda Malaysia itu. 
“Aik, bukan student ke, habis tu kerja kat sini? bawak satu beg besar tak padan dengan badan, dah la seorang diri” ujar Zikry. Terkerut-kerut mukanya. Pemandu hotel sabar menunggu karenah dua manusia di depannya ini. 
Eh, membebel pulak mamat ni, ujar Dahlia dalam hati. 
“Kerja pun bukan, saya datang sebab nak tengok Taj Mahal” balas Dahlia. Hatinya sedikit sebanyak telah lega kerana telah bertemu dengan pemandu hotel tadi, sekurang-kurangnya dia tahu dia akan selamat. 
“Eh, seorang? berani nya. Tahu tak kat sini kadar jenayah rogol paling tinggi?” tingkah Zikry lagi. Tak puas hati benar dia kerana tidak mengetahui tujuan gadis di depannya itu seorang diri di tengah kota Delhi. 

Dahlia hanya merenung Zikry. Mamat ni membebel kalah mama, detiknya dalam hati. Zikry menunggu jawapan Dahlia sambil mengangkat-angkat kening. 
“Awak ni boleh tak cakap yang baik-baik sikit, cakap tu kan doa” ujar Dahlia. Sebenarnya hal itu juga yang menjadi kerisauan Pak Jali dan Cikgu Zana bila Dahlia meminta kebenaran mahu ke India. Betul, ianya fakta bahawa kadar jenayah yang melibatkan kaum wanita di India adalah di antara yang tertinggi di dunia. Rogol, bunuh dan culik menjadi berita biasa di akhbar tabloid mereka. 
“Cuma nak ingatkan saja.” ujar Zikry, ikhlas. 
“Thanks, insyaAllah saya akan selamat. Oklah, saya kena pergi dulu, kesian pakcik sebelah ni menggalas beg saya” pinta Dahlia, sekali lagi hendak mengundur diri. 
“Beritahulah you duduk mana kat sini, mana tahu kalau jadi apa-apa ke, I boleh tolong. Kita kan sama-sama Malaysian.” pancing Zikry lagi. Berat benar dia hendak melepaskan perempuan yang baru saja dikenalinya itu pergi. Seakan ada satu macam perasaan yang menerpa. Rasa yang unik. 
“I will stay safe ok, Please.” balas Dahlia lagi sambil menunjukkan isyarat kepada pemandu hotel supaya membawanya ke kereta mereka. 

“Ok, give me your number.” pinta Zikry lagi. Penuh pengharapan dan tidak putus asa. Sekali lagi pemandu hotel yang baru saja memulakan langkah itu terhenti untuk menunggu mereka selesai berbicara. 
“Hello! kita ni tak kenal pun tau. Why should I give my number?” suara Dahlia seakan mahu meninggi. Dia tidak suka dipaksa sebegitu. Lagipun, ayahnya berkali-kali mengingatkannya supaya berhati-hati apabila bercakap dengan orang yang tidak dikenali terutama ketika berada di lapangan terbang. Terlalu banyak gadis tempatan yang menjadi mangsa “awang hitam” ataupun yang menjadi “keldai dadah”. 
“Ok fine, Dahlia, this is my number. Kalau ada apa-apa please contact I ok.” Zikry akhirnya mengangkat bendera putih. Segera dia mengeluarkan sekeping kertas kecil dari zip depan begnya dan menulis nombor telefonnya serta cepat-cepat memberikan pada Dahlia yang tidak sabar-sabar hendak ke kereta. Dahlia tanpa berlengah lagi, mengambil kertas kecil tersebut dan diletakkannya di uncang kecil berisi telefon bimbitnya. 
“Ok, ok. I really have to go, Assalamualaikum.” ujar Dahlia sambil melambai tangan ke arah Zikry. 
“Waalaikumsalam. Dahlia! I roaming tau, you can call at anytime” jerit Zikry masih tidak puas hati, hingga Dahlia tergelak kecil. 

“Byeee!” ucap Dahlia panjang kepada Zikry yang telah pun ditinggalkannya di belakang. 

----------

No comments:

Post a Comment