Monday 30 March 2015

Seluruh Cinta #6


BAB ENAM

“Ke Red Fort sudah, tengok cultural show di Akshardam sudah, India Gate juga sudah. Qutub Minar dekat saja dengan hotel. Nak pergi kali kedua pun boleh. Aku macam tak puas je tangkap gambar tadi Zikry.” sapa Azlan yang sedang melihat kembali gambar hasil tangkapannya siang tadi dalam kamera. 
“Hoi, mengelamun!.” Azlan membaling kotak rokoknya kepada Zikry apabila menyedari Zikry tiada respon. Zikry tersentak dan terus menyuruh Azlan mengulanginya semula. 
“Dah, tak payah. Teruk benar aku tengok kau ni.” Tambah Azlan lagi. Tergelak kecil. 

“Adik aku si Hanif bila tahu saja aku nak ke India, dia siap suruh aku sampaikan salam pada Aisy Wariarai. Tengok kau angau macam ni, aku takut tak sempat jumpa Aisy Wariarai kau dah pengsan.” Azlan terus mengusik sahabatnya. Lucu benar perangai Zikry kali ini. Lain dari yang biasa. 
“Kau ni Lan, ada saja. Aku terfikir, ok ke awek yang kita jumpa semalam tu. Dia seorang diri je tau Lan. Berani betul. Tak padan dengan kecil.” Tingkah Zikry. 
“Yang kau lebih-lebih sangat ni kenapa, tahu lah dia jaga diri. Bukannya budak kecil. Lagipun kau dah bagi nombor telefon kan, pandailah dia telefon kau nanti.” balas Azlan sambil matanya tak lepas menyelak satu persatu gambar digital di kameranya. 

“Eh, nampak macam awek Malaysia je dalam gambar aku ni, cun jugak. Ni aku punya pulak, yang dekat airport haritu kau dah sambar” Azlan terus menyambung kata-katanya. Memang ada seorang gadis bertudung lingkup persis gaya bertudung orang Malaysia di celah gambar binaan tugu di kawasan Qutub Minar semalam.
“Apa tadi kau kata, awek Malaysia? Mana, mana, tunjuk kat aku.” Bingkas Zikry bangun dari katil dan menuju ke arah Azlan di meja tulis dalam bilik mereka. Azlan pun menunjukkannya kepada Zikry. 
“Dahlia!” jerit Zikry. 
“Inilah Dahlia, Lan. Aku dah agak dah. Dia mesti ke sini jugak. Kenapalah siang tadi tak perasankan dia. Aduh!.” tokok Zikry lagi. Ada keluhan di hujung katanya. Tangannya menunjukkan gambar itu sekali lagi kepada Azlan. Kelihatan Dahlia sungguh manis dengan blaus berwarna ungu sedondon dengan tudungnya, sedang tersenyum ke arah seorang kanak-kanak kecil berbangsa India. 
“Alamak, leceh la kau ni. Baru je aku nak feeling2 jumpa Aisy Wariarai aku dekat Delhi ni.” ujar Azlan dengan muka mencebik. 

“Any idea Lan?” tanya Zikry. Gusar. 
“Ok, masa kau berborak dengan dia dekat airport kelmarin, apa lagi dia beritahu kau? nama hotel dia? nama kampung dia? nama universiti dia?. berapa lama dia kat sini?” soalan Zikry dijawab dengan soalan juga oleh Azlan. 
“Dia tak bagitahu apapun, itulah masalahnya.” jawab Zikry, seakan hampa. 
Keadaan sunyi seketika. 
“Eh, dia bagitahu dia datang sini nak tengok Taj Mahal, Lan!!.” tiba-tiba Zikry teringat perbualannya dengan Dahlia tempoh hari. Ya, Taj Mahal. 
“Ok, ikut logiknya lah kan, kalau siang tadi dia dah melawat ke sekitar Delhi. Logik tak kalau esok dia ke Agra?” Azlan cuba memberi jalan kepada Zikry. 

“Logik sangat! Esok kita ke Agra Lan, kalau boleh sekarang lagi bagus.” tempik Zikry membingitkan kembali suasana dalam bilik mereka tu. Azlan hanya tersengih sambil menggelengkan kepala. 

----------

No comments:

Post a Comment