Monday 30 March 2015

Seluruh Cinta #9


BAB SEMBILAN

“Assalamualaikum.” sapa Dahlia kepada Zikry dan Azlan yang sedang menikmati sarapan pagi di restoren hotel itu. Salam Dahlia disambut serentak oleh mereka berdua. 
“Boleh saya join?” ujar Dahlia sambil tersenyum, berbasa basi. 
“Sure.” balas Azlan. Zikry pula sedang menghirup kopi. Dahlia meletakkan begnya di atas kerusi sebelah Zikry, dan terus mengambil makanan yang terhidang secara buffet. 
“Nampak ok dah tu.” kata Azlan separuh berbisik dengan Zikry. 
“Tu lah, aku harap pun dia dah ok, ceria je nampaknya tu.” balas Zikry seraya matanya memerhati Dahlia yang sedang mengambil makanan. Manis sekali dia berpakaian biru hari itu. 
“Macam ni lah, aku bagi chance pada kau hari ni, aku dropkan kau berdua di Taj Mahal, then aku nak ke Agra Fort. Pandai-pandailah kau berdua selepas tu. Pukul 2 petang, aku ambil kau di Taj Mahal ok? “ cadang Azlan. Dia faham benar perangai Zikry apabila sedang menghajati sesuatu walaupun perkara yang kecil. Azlan masih ingat, di rumah sewa mereka, Zikry cuba membaiki radio yang rosak dari petang hinggalah ke malam, dia tidak akan berhenti selagi tidak puas hati. Zikry mengangguk tanda setuju. Dalam fikirannya ligat memikir perancangan seterusnya. 

Dahlia dan Zikry sekali lagi ke Taj Mahal pada pagi itu. Kali ini mereka tiba lebih awal dari semalam. Suasana nyaman dan cuaca masih belum terik. Dahlia memilih untuk duduk di ruang legar Taj Mahal, menghadap ke Sungai Yamuna. Sejuk di situ kerana duduk beralaskan batu marmar. 

“Apa plan you hari ni Dahlia, selepas ke Taj Mahal?” 
“Saya rasa nak ke Jama Mosque. Kemudian nak pekan Agra untuk melihat-lihat. Esok ke Agra Fort dan terus ke Jaipur” jawab Dahlia. Dia sudah sihat dan bersemangat semula. 
“Are you sure to do this alone?” tanya Zikry sambil berkerut dan memandang Dahlia yang sedang asyik menulis di journal travel nya. Dahlia hanya membalas dengan anggukan tanpa menoleh. Zikry pada mulanya ingin mengajak Dahlia menyertai mereka ke Delhi dan seterusnya ke Kashmir pada keesokan harinya. Tapi dia segera membatalkan niat itu kerana sedar bahawa Dahlia tidak suka jadualnya diatur oleh orang lain atau dipaksa. Lihat saja perangainya sewaktu awal pertemuan mereka di lapangan terbang. 
“Zikry, feel free to do whatever you like, saya tahu awak boring” ujar Dahlia sambil senyum menoleh ke arah Zikry yang sedang memerhatikannya. 
“I like to be here with you.” balas Zikry sambil fikirannya menerawang nakal dan mengeluarkan telefon bimbitnya. 

“Dahlia, kacau kejap. Cuba you tengok gambar ni, you kenal tak?” ucap Zikry seraya mengunjukkan telefon bimbitnya kepada Dahlia. 
“Eh, ini di Qutub Minar! Mana awak dapat gambar ni, macamana saya boleh ada dalam gambar awak?” bertalu pertanyaan Dahlia yang kehairanan. Jurnal travelnya diletakkan di sisi dan dia kemudian duduk menghadap Zikry. 
“Hahahahaaa. Itulah namanya jodoh.” usik Zikry dengan suara kecil
“Huh?!” Jawablah betul-betul.” paksa Dahlia. 
Zikry kemudian menjelaskan yang gambar itu diambil secara tidak sengaja oleh Azlan dan mereka berdua hanya menyedari setelah pulang ke hotel. Dahlia tergelak kecil. 
“Kebetulan.” ujar Dahlia spontan. Sebenarnya dia malu. 
“Tak ada istilah kebetulan tau dalam Islam. Semuanya telah dirancang, tapi bukan kita yang rancang, Dia yang rancang.” Dahlia hanya senyum tersipu mendengar kata-kata Zikry itu. 

Mereka kemudiannya berbual panjang tentang diri masing-masing. Dahlia menceritakan pengalaman-pengalamanya mengembara secara solo dan Zikry mendengar dengar khusyuk, Dia mengagumi Dahlia. “Pass” katanya dalam hati. Di antara ciri calon isteri pilihannya adalah mesti mampu berdikari memandangkan pekerjaan Zikry yang selalu berada di perairan laut hinga berminggu lamanya. Dia banyak mendengar pengalaman rakan sekerjanya yang lain yang telah berkeluarga sekiranya terjadi sesuatu kecemasan seperti kematian ahli keluarga, anak sakit, atau isteri mahu bersalin awal dari jangkaan. Dia juga akan berhadapan dengan situasi seperti itu bila sudah berkeluarga nanti, fikirnya. 

“Hey, its your turn to tell me your story.” ujar Dahlia setelah mengakhiri ceritanya mengenai gelandangan yang begitu ramai sekali di Delhi. 
“Pasal I tak berapa menarik. Apa kata kita bincang our next plan of visit?” tingkah Zikry. Bukannya dia mahu mengelak tentang latar belakangnya, tapi dia mahu mengenali Dahlia dahulu sebelum menceritakan sesuatu yang baginya amat personal. 
“Ok…. Esok saya akan ke Jaipur untuk 2 malam.” Jawab Dahlia dengan tenang. Matanya memerhati pengunjung lain yang silih berganti lalu di hadapan mereka. 
“Oh, Jaipur.” balas Zikry sepatah. Dia masih lagi tidak yakin untuk memberitahu hajat di hatinya. 
“Ya, dikatakan, Delhi, Agra dan Jaipur adalah Golden Triangle yang wajib pergi. Tak jauh pun, around 240km ” tambah Dahlia lagi. Dia terbayangkan keindahan kota Jaipur yang dari pembacaannya sangat unik dengan pelbagai tinggalan sejarah. 

“Dahlia, I ada cadangan. Apa kata kalau I dan Azlan follow you ke Jaipur.  Kita pergi dengan kereta. Kemudian you pulak join kami berdua ke Kashmir.” Satu persatu Zikry mengatur perkataan berhati-hati. Dalam hatinya berdoa agar Dahlia setuju. 
“Wow, Kashmir! Saya tak pernah terlintas nak ke Kashmir! North India sure cantik!”kata Dahlia girang sambil bermain-main dengan pen di tangannya. Zikry hanya senyum buat-buat cool, menunggu jawapan Dahlia. Dia tidak akan memaksa Dahlia. 

“Ok, saya setuju. Bestlah awak berdua ni, boleh jadi travel-mate!” sambung Dahlia lagi sambil tersengih. Dalam kembara solonya ke Australia sebelum ini juga dia berkenalan dengan seorang “backpacker” dari Singapura, Agnes namanya. Agnes menjadi temannya sepanjang 12 hari di negara kangaroo itu dan mereka masih berhubung hingga kini. 

“Eh buat apa jadi travel-mate, jadi suami pun boleh.” usik Zikry sambil ketawa.  Dahlia buat-buat tidak dengar. Girang di hati Zikry hanya Allah saja yang mengetahui. Namun dia pandai menyembunyikan perasaan girangnya agar tidak terlalu “desperade” di mata Dahlia. Dia tidak sangka Dahlia bersetuju dengan cadangannya. Azlan juga pasti tiada masalah. Tiket kapal terbang yang telah ditempah oleh mereka berdua dari Delhi ke Kashmir masih boleh dipinda tarikhnya kerana mereka memilih jenis tiket terbuka. Asalnya mereka membeli tiket terbuka kerana tidak pasti tarikh yang sesuai ke Kashmir atau mungkin ada aral yang lain yang membuatkan mereka terpaksa menunda perjalanan ke Kashmir. Zikry terus membuka laman web untuk melihat tiket kapal terbang untuk Dahlia. Dia amat berharap masih ada tiket yang kosong. 

Give me your details Dahlia. I nak book your flight ticket.” Pantas Zikry melayari laman web syarikat penerbangan Jet Airways itu. 
“Eh Zikry, saya boleh beli sendiri nanti.” pantas Dahlia menjawab. Dia boleh menggunakan talian wireless di bilik hotelnya. Dia tidak mahu terhutang budi pada Zikry. 
“Dahlia, I bear your cost ok, I yang ajak you. Bagi la details you, nak ke Kashmir atau tak ni?” jelas Zikry. Dia ikhlas mahu mengajak ke Kashmir. Dia mahu memaksimumkan masa yang ada bersama Dahlia, lagipun masih banyak perkara tentang Dahlia yang ingin diselaminya. Dahlia akur dan lantas memberikan passportnya kepada Zikry. 
“Dahlia Kamila binti Razali” ulang Zikry dalam hati. Seindah namanya. Dia gembira kerana ‘trick’ untuk mendapatkan butiran Dahlia tercapai, sekurang-kurangnya Zikry tahu Dahlia dilahirkan di Perak dan sudah tentulah dia tahu tarikh lahir Dahlia. 
“Done.” kata Zikry sebaik sahaja tempahan tiket kapal terbang untuk Dahlia dapat dibeli. 
“Zikry, bilik hotel awak untuk malam ini, saya yang bayar, setuju?” tambah Dahlia sebaik mengucapkan terima kasih kepada Zikry. 

“No problem, its a deal!” balas Zikry girang. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu Azlan tentang perancangan mereka itu. 

----------

No comments:

Post a Comment